MEMILIKI telefon bimbit tanpa fungsi kamera kini boleh ditakrifkan sebagai ketinggalan zaman lantaran kebanjiran pelbagai model di pasaran dan harganya yang semakin mampu dimiliki. Bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon berkamera tanpa sekurang-kurangnya lima megapiksel pula diumpamakan seperti memiliki sesuatu yang kurang sempurna.
Tidak hairanlah mengapa pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba dalam persaingan megapiksel ini. Tiga megapiksel bukan lagi satu ukuran yang boleh dibanggakan pada hari ini, tidak seperti pada permulaan evolusi kamera digital yang mana saiz ini dianggap sudah memadai dan memuaskan hati pengguna.
Bagi memastikan keupayaan telefon berkamera relevan dengan dunia digital, para pengeluar telefon bimbit kini sibuk meningkatkan kemampuan telefon keluaran mereka kepada lima megapiksel pula.
Sony Ericsson sebagai contoh telah melancarkan telefon bimbit mereka yang didatangkan dengan fungsi kamera lima megapiksel pada penghujung tahun lalu. Sebelum anda berkira-kira untuk mendapatkannya, para jurutera di pusat penyelidikan dan pembangunan syarikat pengeluar produk elektronik ini telah pun membangunkan barisan kamera 10 megapiksel untuk pasaran akan datang.
Syarikat gergasi Korea, Samsung pula telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan model SCH-B600 iaitu telefon bimbit pertama di dunia yang dilengkapi dengan kamera 10 megapiksel kira-kira dua tahun lalu. Walaupun telefon ini belum memasuki pasaran negara kita, tetapi kombinasi kemajuan teknologi komunikasi dan fotografi dapat dilihat melalui kemunculannya.
Pembuat lensa terkenal, Carl Zeiss pernah meramalkan sekitar empat tahun yang lalu, dengan aplikasi yang sesuai, telefon berkamera 10 megapiksel akan muncul di pasaran dan menjadi suatu norma. Ini membuktikan, bukan sahaja pengeluar telefon, malah pengeluar lensa turut bersama-sama berusaha menghasilkan lensa yang kecil tetapi berkeupayaan tinggi, setanding dengan lensa kamera digital biasa.
Fenomena ini agak mengagumkan kerana masih terdapat lagi kamera profesional yang belum mencapai tahap ini lagi. Kegilaan mengejar bilangan piksel ini dilihat sebagai memenuhi kehendak pengguna. Ini terbukti di sebalik pertambahan pengguna telefon bimbit di Asia umumnya dan negara kita secara khususnya.
Bancian yang dijalankan oleh firma GFK Asia di Singapura, salah sebuah negara yang mempunyai pengguna telefon bimbit terbanyak di Asia mendapati sejumlah 1.05 juta telefon bimbit berkamera terjual di pasaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2007. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Dalam satu soal selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Mac 2006 pula, terdapat sekitar 20.69 juta langganan perkhidmatan telefon bimbit di seluruh negara. Ini menunjukkan peningkatan bilangan pengguna dan angka ini pasti menarik pengeluar telefon bimbit untuk menawarkan ciri yang terbaik pada telefon bimbit mereka untuk para pengguna.
Dengan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi selular seperti 3G dan HSDPA, pengeluar telefon tidak hanya akan menumpukan pada kecanggihan kamera mereka sahaja, tetapi juga pada perkhidmatan wayarles yang semakin menjadi keperluan pada hari i